Neelofa nafi hubungan dengan Hans Issac



NEELOFA

Nampaknya lepas satu-satu kontroversi menimpa dirinya. Hmmm… sabar jelah cik adik ye… orang glamour macam Lofa ni memang sentiasa jadi buruan dan perhatian. Yang penting kena pandai jaga diri…

Cerita Lofa:

“Entahlah saya pun tak tahu kenapa saya ni sering sangat terpalit dengan kontroversi. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan lelaki. Yang saya pelik setiap kali saya berlakon bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki pastinya akan timbul gossip selepas itu kononnya saya ada affair dengan pelakon tersebut. Entahlah, saya pun tak tahu nak komen macam mana. Contohnya masa saya berlakon dengan Shahz Jaszle dulu. Semua orang sibuk mengatakan saya bercinta dengannya sehinggakan saya dituduh sebagai perampas. Dan sekarang ni bila terbukti Shahz bercinta dengan Miera Liyana sedikit sebanyak amat melegakan saya. Atleast boleh menutup mulut-mulut yang selama ini sering menuduh dan memfitnah saya.”

“Dan sekarang ni timbul pula gossip terbaru saya dan pelakon Hans Issac pula, kononnya saya dan Hans berjalan berpimpin tangan di sebuah shopping kompleks. Actually, saya pun tak tahu macam mana cerita tu boleh timbul, sedangkan saya dan dia memang takde apa-apa. Saya tak nafikan ada berjumpa dengannya tapi sekadar berbincang soal kerja kerana kami akan digandingkan bersama dalam satu filem akan datang. Rasanya usahkan saya nak lentokkan kepala kat bahu dia, nak pimpin tangan pun saya perlu fikir 100 kali. Saya masih tahu jaga nama baik dan adab sopan lagi.”

“Rasanya selagai saya takde boyfriend selagi itulah macam-macam gossip yang akan saya terima. Ha.ha.ha. tapi nak buat macam mana dah memang saya single. Nanti kalau dah jumpa yang betul-betul berkenan di hati saya akan beritahu pada semua peminat. Saya pun bukannya jenis yang suka nak sorok-sorok boyfriend ni, lagipun perkara baik, buat apa nak malu. Betul tak?”

Dipetik daripada Mangga keluaran November 2011

Catat Ulasan