Pelajar pertikai bil, rebat yuran kolej

FIRDAUS (duduk, tengah) menceritakan masalah mereka selaku pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics kepada wartawan Kosmo! (duduk, kiri) di pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Sekumpulan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) sebuah pusat pengajian tinggi swasta, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di sini mendakwa pihak pengurusan kolej bermain tarik tali berhubung bayaran dan rebat yuran pengajian.
Sehubungan itu, rata-rata pelajar dari semester satu hingga enam itu memohon penjelasan pengurusan kolej yang dikatakan tidak mengeluarkan bil yuran pengajian mereka secara terperinci.
Difahamkan, jumlah keseluruhan yuran pengajian bagi mengikuti kursus tersebut selama empat tahun di kolej berkenaan berjumlah RM36,000 atau RM4,500 bagi setiap semester.
Mereka mendakwa, pihak kolej telah berjanji memberikan rebat terhadap yuran pengajian sebanyak 30 peratus pada Julai tahun lepas tetapi hingga sehingga kini janji tersebut belum ditunaikan.
Wakil pelajar, Firdaus Mazlan, 22, berkata, sikap pihak kolej yang seperti berdolak-dalih menimbulkan rasa curiga.
“Pihak kolej sepatutnya menyatakan dengan jelas potongan dari yuran PTPTN (Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) kerana kami hanya menerima satu resit yang hanya menyatakan bayaran telah dibuat tetapi tidak dinyatakan ia dibayar untuk apa.
“Kami perlu tahu supaya senang untuk membuat rujukan di kemudian hari,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Kosmo

Catat Ulasan