Penjara Ini Mungkin Lebih Selesa Dari Rumah Anda





Siapa kata masuk penjara tak best? Kalau tengok Prison Break, memang macam hell penjara ni. Kalau korang genius macam Michael Scofield mungkin boleh survive kot. Haha. Tapi penjara Halden Fengsel di Norway mungkin penjara yang menjadi idaman korang kalau korang nak masuk penjara.

Penjara ini dilengkapi dengan trek berlari, rock climbing, studio rakaman dan dihiasi dengan perabot Ikea. Penjara seluas 75 ekar ini mengambil 10 tahun dan sebanyak $252 juta digunakan untuk dibina. Pengedar dadah, perogol, pembunuh dan pelbagai penjenayah lain ditempatkan di sini. Tetapi untuk membuatkan penjara ini kelihatan tidak seperti sangat selesa, dinding setinggi 20 kaki dibina untuk menghalang pemandangan luar banduan dan dinding ini dihiasi dengan pelbagai lukisan mural.

Di dalam penjara ini, bilik banduan dilengkapi dengan TV flat screen, peti ais dan juga tingkap yang besar supaya banduan dapat menikmati sinaran cahaya matahari, Untuk lawatan conjugal, pelawat banduan boleh menikmati waktu yang indah bersama di sebuah rumah khas. Pergkh. Memang terbaik. Haha.








Catat Ulasan