Respon Nik Aziz Terbukti Beliau Bukan Ulama

Respon Nik Aziz Terbukti Beliau Bukan Ulama

Telah penulis tegaskan bahawa Nik Aziz bukan Ulama.  Jika benar beliau Ulama, beliau tidak akan membiarkan pengikutnya yang taksub terhadapnya menanggung kesalahan sendirian apabila terlanjur menyamakan beliau dengan Nabi.
Sewajarnya Nik Aziz memberi respon dengan penuh tawadduk, penuh kesal dan mengingatkan Ustaz Budak dan semua pengikutnya bahawa beliau hanyalah insan biasa yang ada kelemahan dan melakukan kesilapan serta meminta agar Ustaz Budak segera memohon ampun dari Allah S.W.T jika telah berlaku kufur.
Begitulah seharusnya respon dari seorang Ulama sebenar bukannya dengan angkuh mengelak untuk bertanggungjawab, membiarkan pengikutnya terkapa-kapa dan mengalih isu terhadap orang lain dengan menuduh orang lain menolak Islam.
Berdasarkan perkembangan ini, masihkah ada pengikut-pengikut PAS yang buta dan terus mendewa-dewakan Nik Aziz sebagai keramat, wali dan sebagainya?   Apakah akal yang dikurniakan Allah langsung tidak digunakan apabila saja mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nik Aziz?   Salahkah jika penulis mengkritik Ulama palsu yang memecahbelahkan ummah ini?
Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah. Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.  Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
Akibat enggan menggunakan akal untuk menapis kata-kata semua manusia yang berpenampilan warak dan mengaku Ulama maka terjadilah kes-kes di mana orang yang berpelajaran tinggi juga boleh terpedaya dengan Tok-tok Guru ajaran sesat.  Dan akibat tidak menggunakan akal untuk memikirkan semula kata-kata Nik Aziz dan beberapa Ulama jadian lainlah maka umat Melayu hari ini berpecah belah.
‘Amanat Hadi Awang’ dan kenyataan ‘boleh berkawan dengan syaitan asalkan melawan UMNO’, adalah antara fatwa-fatwa sesat yang mana sebahagian dari kita menerima bulat-bulat tanpa terlebih dahulu mengkaji sama ada ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Sedangkan Islam menyuruh kita bersatu padu dan menyayangi saudara seagama dan Islam juga menegaskan bahawa menuduh seorang Muslim sebagai kafir akan menyebabkan tuduhan itu berbalik kepada yang menuduh.
Tidak ada hak bagi sesama Islam untuk menghukum saudaranya sebagai kafir, tidak cukup Islam dan sebagainya kerana iman dan takwa itu tidak boleh dilihat dengan mata kepala kerana tempatnya ialah pada niat di hati masing-masing.  Hanya Allah yang berhak menghukum makhluknya.
Untuk itu, sekali lagi ditegaskan bahawa penulis bukan menghina Ulama tetapi penulis ingin mengajak masyarakat kita mendefinasikan kembali siapa itu Ulama dengan cara menggunakan akal fikiran bukannya pancaindera semata-mata.  Ini penting bagi memastikan ummah tidak terpesong dan tersesat kerana terpesongnya Ulama, akan terpesonglah seluruh ummah.

Catat Ulasan