Suami Isteri Temui Harta Karun Bernilai RM418,000 Di Rumah Sendiri

Kalau dah rezeki. Suami isteri di Perancis sangat beruntung kerana menjumpai harta karun bernilai $140,000 (RM418,000) di dalam membersihkan saluran air di bilik bawah tanah rumah mereka. Ketika mereka sedang menggali mereka menjumpai 34 keping duit syiling emas di dalam bekas tanah liat.



“Syiling emas itu ada yang dibuat pada tahun 1595 hingga Revolusi Perancis yang bermula pada tahun 1789″. Syiling yang paling berharga dibuat pada 1640, semasa kekuasaan Louis XIII. Harganya dianggarkan bernilai lebij kurang RM63,000.

Pakar duit syiling, Marc Aigouy, mengatakan dia sedang mengaturkan lelong untuk menjual syiling-syiling tersebut.


Dijangka ada pembeli dari Amerika dan Jepun yang berminat dengan syilling tersebut dan boleh dijual sehingga RM432,000.


Dalam undang-undang Perancis, pasangan suami isteri tersebut dibenarkan menyimpan harta karun itu kerana ditemui di tanah mereka sendiri.

Catat Ulasan