Ya Allah, Masjid Rumah-Mu Dibakar Zionis Israel di Tebing Barat

ARRAYAH.INFO, Palestin,  - Pemukim Yahudi Israel telah membakar sebuah masjid di dekat kota Nablus di Tebing Barat yang dijajah, Press TV melaporkan.

Awal Isnin, penduduk merosakkan masjid, yang terletak di desa Qusra sekitar 15 kilometer tenggara Nablus, ketika mereka melemparkan ban yang dibakar ke dalam Masjid.

Penduduk juga memecahkan beberapa tingkap masjid dan melemparkan batu kepada kenderaan warga Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin mengutuk serangan itu, tanpa sedikitpun usaha untuk melawan tindakan keji para penduduk zionis Israel itu, mengatakan bahawa insiden Isnin tersebut bukanlah serangan pertama yang dilakukan oleh penduduk zionis terhadap masjid di Tebing Barat.

Insiden ini berlaku selepas beratus-ratus polis zionis Israel dan tenteranya membongkar tiga rumah di penempatan Migron.

Sekitar 200 penduduk cuba menghentikan budoser agar tidak membongkar bangunan.

Pada awal Ogos, Mahkamah Agung mengeluarkan perintah identik, walaupun memberikan pihak berkuasa hingga Mac 2012 untuk melaksanakan keputusan.

Di bawah polisi "senarai harga" yang diterima pakai penduduk, mereka menyerang warga Palestin dan milikannya dalam menanggapi tindakan Tel Aviv terhadap para penduduk.

Demikianlah, rumah Allah dengan semena-mena telah dibakar dan dihinakan oleh para zionis Israel, sementara kaum Muslim, terutama para tenteranya yang tersebar dari Maghribi hingga Merauke, tetap diam membisu. Demikian juga para penguasa muslim malah duduk saja, bahkan berjabat tangan dengan para penjajah.

Sampai bila-bila? Umat ​​benar-benar memerlukan Khilafah Islamiyyah sebagai perisai umat yang akan memberikan pelajaran bagi zionis Israel.

Insya Allah, para penguasa diktator zalim agar segera runtuh ketika umat kini berani untuk melawannya.

Hingga suatu saat, Khilafah tersebut benar-benar berdiri kembali. Semakin dekat! [M/prstv/syabab.com/arrayah.info]

Catat Ulasan