Anak Obama Dah Sama Tinggi Dengan Bapanya

Anak Obama Dah Sama Tinggi Dengan Bapanya
Anak perempuan Presiden Amerika Syarikat, Malia Obama baru berusia 13 tahun.
Namun ketinggiannya mula menjadi perhatian apabila sudah hampir menyamai ketinggian bapanya.
Untuk rekod, kedua-dua mereka mempunyai ketinggian hampir enam kaki.
Obama yang menyedari anaknya ‘semakin tinggi’ dipetik sebagai berkata;
” Walaupun dia (Malia) kini lima kaki sembilan inci, dia tetap ‘baby’ saya,” katanya yang membuatkan ramai tersenyum baru-baru ini.
Bagi penulis, ketinggian itu memang membuatkan seseorang kelihatan menarik tetapi alangkah bagus sekiranya ia dituruti dengan ketinggian akhlak dan budi pekerti.
Dalam hal ini, akhlak dan budi pekerti Obama sendiri boleh dipertikaikan kerana masih mengamalkan pentadbiran yang menyebelahi musuh Islam terutama rejim Zionis.
Namun itulah Amerika Syarikat, pemimpinnya bersilih-ganti tetapi perangai dan bongkaknya semua sama saja, tak gitu? 

Catat Ulasan