[Forteen - Berdua Bersatu] Jika Denganmu Salah, Ku Tak Mahu Yang Benar.. Jika Denganmu Ku Rebah, Biarlah Ku Tercalar..


Selalu juga duduk ulang-ulang rangkap seperti tajuk di atas.. Seronoklah.. Macam pesen-pesen muzik lama pun ada tapi lagu baru.. Lagu yang dinyanyikan oleh Forteen, artis baru naungan KRU yang terdiri daripadaIzzue, Ameerais, One dan Ariz.. Sikit lebih kurang macam The Lima, macam KRU.. Tajuk dia Berdua Bersatu.. Susah nak cari full song, yang ada pun versi pendek-pendek saja.. Nak dengar full, di radio sajalah.. After all, it's a nice one..

Ahli group macam dikenali salah seorang darinya.. Hurmmm.. Yang nama One tu pernah jadi penyanyi tapi dengan nama Rizu.. Macam pernah masuk One In A Million tak silap.. Huhu.. And I found Ariz punya channel dekat You Tube.. Boleh tahanlah suara mereka ni.. Heee..

Daaaa.. Assalamualaikum..

FORTEEN - BERDUA BERSATU
Kredit lirik kepada Zoom Lirik

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Catat Ulasan