Pakaian dari barang terbuang dijual RM785

Pakaian dari barang terbuang dijual RM785
Pereka fesyen Bolivia, Marion Macedo mencipta pakaian daripada surat khabar lama, beg plastik, cakera padat dan penutup botol soda.
Setiap pakaian yang dihasilkannya itu adalah mesra alam dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan dengan menggunakan tangan dan dijual pada harga AS$250 (RM785).
Macedo yang merupakan seorang wanita menghasilkan pakaian itu dengan menggunakan jarum gergasi.
“Bukan sahaja kami mengitar semula akhbar, tetapi kami juga menggunakan pewarna sayur-sayuran, kulit biji koko dan kami juga menghasilkan pelekat semula jadi,” katanya. – AFP

Catat Ulasan