[Gempar] Gambar Bogel Lindsay Lohan Tersebar di Internet!

KUALA LUMPUR – Meskipun majalah Playboy yang memaparkan pelakon Hollywood terkenal, Lindsay Lohan beraksi bogel, akan hanya dijadualkan terbit pada awal tahun depan, namun gambar-gambar panas tersebut telah bocor di internet.

Berkonsepkan bintang terkenal Hollywood, mendiang Marilyn Monroe, gambar kulit depan majalah itu memaparkan Lindsay beraksi duduk bersahaja di atas sebuah kerusi dan tubuhnya hanya ditutup dengan patung arnab, ikon majalah tersebut.

Kulit depan majalah itu juga berlatar belakangkan warna merah terang di mana Lindsay turut memakai gincu berwarna merah dibibirnya, seolah-olah meniru warna gincu yang dipakai oleh bintang ‘simbol seks’ terkenal di era tahun 50’an itu.

“Ia merupakan satu penghargaan klasik berinspirasikan gambar bogel Marilyn Monroe yang dihasilkan oleh Tom Kelley, hebat..sangat hebat,” kata pemilik Playboy, Hugh Hefner, yang dipetik dari sebuah laman web antarabangsa, Mail Online.

Menurut sumber itu lagi, Lindsay dikatakan menerima bayaran sebanyak AS$1 juta bagi sesi pergambarannya dengan majalah yang diharamkan di Malaysia itu dan ini merupakan sesi pergambaran kali keduanya setelah Playboy kurang berpuas hati pada sesi pertama.

Ibu pelakon itu, Dina Lohan, dilaporkan menyokong penuh keputusan Lindsay bergambar bogel di majalah itu dan menyifatkannya sebagai satu peluang untuk anaknya itu.

“Ia merupakan peluang kepadanya (Lindsay) dan dia pernah bergambar untuk beribu-ribu kulit depan majalah, ini adalah salah satu darinya sahaja…(lagipun) dia sudah berumur 25 tahun sekarang.

“Keputusan ini dibuat oleh dirinya sendiri..mereka punya kontrak mengenainya dan sejauh mana ia akan pergi ianya bergantung kepada Lindsay dan Hefner yang menentukan,” katanya lagi.

Lindsay, 25, merupakan antara selebriti Hollywood yang paling berprofil tinggi dan sering dilanda kontroversi-kontroversi panas, dari insiden tertangkap mencuri di sebuah pusat membeli belah sehinggalah tabiat ketagihan dadahnya yang teruk. – Mynewshub.my

Catat Ulasan