ILmu - Hukum Kencing Berdiri

Secara kesimpulannya, Hukum kencing secara berdiri adalah :

Harus :
Jika keadaan memaksa spt tempat kotor atau sedang berperang atau uzur/sakit belakang.(Perlu istinjak dengan betul walaupun berdiri)


Makruh : 
Dengan sengaja kencing berdiri. Kerana risau air kencing terpercik pada pakaian yg dipakai terkena najis. Jika yakin tidak terpercik, maka boleh kencing berdiri.

Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW

Diriwayatkan dari Huzaifah yang menceritakan :
“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.”  
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Tetapi ianya bukan kebiasaan Rasulullah.  Seperti sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.

Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.


Catat Ulasan