Kematangan Shah Jaszle Buat Saya Terpikat

Kematangan Shah Jaszle Buat Saya Terpikat
Selepas hubungan cinta kontroversi bersama Maria Farida berakhir dan munculnya khabar angin dengan beberapa wanita, akhirnya Shah Jaszle mengejutkan pelbagai pihak apabila dia membuat pengakuan sedang menjalin cinta bersama aktres muda Miera Liyana.
Pasangan ini sudah mula mengenali sejak lapan tahun lalu ketika masih di bangku sekolah. Namun mula rapat apabila terlibat dengan penggambaran filem terbitan Grand Brilliance berjudul “Rentaz”.
Ujar Miera Liyana ketika ditemui di sidang media filem terbarunya teman lelakinya itu, “Azura 2012″, dia tidak pernah menyangka akan bersama Shah memandangkan dia pernah meminati pelajar senior itu ketika zaman persekolahan.
“Saya tidak menyangka akan bercinta dengannya. Kami sudah bersama sejak tiga bulan lalu dan segalanya berjalan dengan lancar,” katanya.
Apabila ditanya apakah tarikan Shah yang membuatkannya jatuh cinta, aktres berusia 18 tahun ini menyangkal dakwaan bahawa dia tertarik kerana fizikal Shah.
“Saya menyukainya bukan kerana fizikal sebaliknya kematangannya yang ada dalam dirinya itu yang membuat saya jatuh hati. Dia adalah seorang lelaki yang baik dan boleh menerima diri saya seadanya.
“Kami juga ada merancang untuk bertunang tetapi ianya masih awal lagi untuk diperkatakan. Namun saya sudah bersedia untuk berkahwin pada usia yang muda,” cerita Miera apabila ditanya perancangan hubungan mereka.
Dalam perkembangan kariernya, Miera memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 27 episod arahan Ahmad Idham, “Jangan Pandang-Pandang” yang akan ditayangkan di saluran Astro.

Catat Ulasan