OH! PAYUDARA MELETUP AKIBAT GUNAKAN IMPLAN MURAH

Banyak wanita yang merasa kurang seksi jika payudara mereka kendur. Untuk meningkatkan rasa percaya diri, mereka melakukan pembedahan implan silikon pada payudaranya. Tapi dengan silikon murah, seorang wanita mendapat bencana apabila payudaranya pecah hingga menderita cedera parah.
Demi mendapatkan dada yang besar, Lindsey Easeman, 27 tahun rela berhutang untuk membayar pembedahan implan payudara. Hasilnya memang memuaskan hati  apabila ukuran payudara yang asal bersaiz 36B menjadi 36D.
Tapi ternyata kebahagiaan Lindsey tidak kekal lama. Empat tahun setelah pembedahan, implan pada payudaranya pecah dan membuatkannya cedera parah.
Lindsey adalah salah satu dari ribuan wanita di Eropah yang terpikat oleh janji implan payudara murah yang ditawarkan oleh perusahaan Perancis iaitu PIP (Poly Implant Prosthese).
Sekitar 50,000 wanita di Eropah telah melakukan implan payudara dengan membayar hanya GBP3500 atau hanya sekitar RM17,300. Kos tersebut hanyalah sekitar setengah dari harga pembedahan payudara sebenarnya.
Dilaporkan 70 orang wanita telah mengalami penderitaan seperti Lindsey kerana implannya pecah.
“Saya melakukan pembedahan implan payudara pada tahun 2006 yang hasilnya memang terbaik. Tapi bermula tahun lepas, saya sering merasakan sakit yang luar biasa di bahagian dada,” kata Lindsey yang tinggal di Kirkby, Merseyside, seperti yang diberitakan oleh The Sun.
Setelah sering merasakan sakit dan menemukan benjolan aneh di ketiaknya, Lindsey pergi berjumpa doktor dan melakukan USG scan. Hasil USG menunjukkan bahawa implan di payudara kanannya telah pecah dan hancur.
“Gel implan itu bocor sehingga menyebabkan benjolan. Saya dan keluarga hanya mampu menangis,” jelas Lindsey lebih lanjut.
Lindsey mengatakankan bahawa perusahaan implan tersebut telah menjanjikan tidak akan berlaku kebocoran seumur hidup. Namun kenyataannya, implan tersebut memiliki peratusan untuk pecah yang tinggi.
Dalam beberapa kes, pecahnya implan pada payudara telah menyebabkan kerosakan pada jaringan payudara, bengkak dan sakit yang luar biasa.
Kesan jangka panjang dari implan yang pecah belum diketahui secara pasti, tapi komplikasinya boleh menyebabkan rosaknya saluran susu dan perubahan bentuk payudara yang sangat menyakitkan.
Lindsey sendiri harus membuang implannya secepat mungkin dan melakukan pembedahan membetulkan payudara.
“Saya seorang gadis yang masih muda. Saya tidak mampu menghadapi masalah ini dan begitu tertekan. Sakit ini semakin menjadi-jadi kerana saya sangat tertekan. Doktor telah menawarkan saya ubat anti tekanan tetapi saya tidak menginginkannya,” kata Lindsey.
Tapi disebabkan tidak punya pilihan, Lindsey perlu segera melakukan pembedahan tersebut dan siap untuk berhutang lagi demi menampung pembiayaan pembedahan .

Catat Ulasan