Miss Indonesia Masuk Top 15 Dunia

JAKARTA: Pertandingan ratu cantik Miss World berlangsung di London, kelmarin dan peserta Indonesia, Astrid Ellena Indriana Yunadi tergolong dalam kumpulan 15 gadis yang terpilih ke peringkat separuh akhir.
Ini kali pertama peserta Indonesia berjaya dipilih ke peringkat separuh akhir. Astrid mengukir sejarah sebagai Miss Indonesia pertama yang terpilih ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan yang sudah berlangsung selama 61 tahun itu. Selain terpilih ke separuh akhir, Astrid yang fasih berbahasa Inggeris, Sepanyol dan Mandarin itu juga dipilih sebagai Top 11 MissTalent kerana kemahirannya bermain piano. Gadis berusia 21 tahun itu turut meraih gelaran Miss Beauty With A Purpose kerana kegiatannya membantu mangsa yang menderita penyakit kaki gajah (filariasis). Indonesia menghantar pesertanya untuk menyertai pertandingan Miss World sejak 2006. Sebelum ini, pemenang Miss Indonesia hanya dapat menyertai pertandingan ratu cantik Miss Asean.
Pada 2006, peserta Indonesia, Kristania Virginia Besouw hanya mampu terpilih dalam Top 20 Miss World Sport, manakala tahun berikutnya pula tiada peserta Indonesia yang meraih pencapaian tertinggi dalam pertandingan itu.
Anda m

Catat Ulasan