WANITA 5 SUAMI, MENGAKU DIA SEORANG PELACUR

LONDON – Seorang wanita yang mencetuskan kegemparan kerana berkahwin dengan lima lelaki, Emily Horne mengaku buat kali pertama bahawa dia sanggup melakukan hubungan seks jika dibayar, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membuat pengakuan itu buat kali pertama selepas dihukum penjara selama 10 bulan pada Julai lalu kerana melakukan bigami.
Namun, hukuman itu ditangguhkan oleh seorang hakim yang membicara kes tersebut selepas diberitahu bahawa Emily sedang menjalani rawatan perubatan bagi mengatasi kelakuan ganjilnya itu.
Pengakuannya itu disiarkan dalam dokumentari di rangkaianChannel 4 yang berjudul The Bigamist Bride: My Five Husbands pada Khamis ini.

Dia turut membuat pengakuan pernah menjadi tukang urut selain berlakon dalam filem lucah.
Ketika ditanya sama ada dia ialah seorang pelacur, Emily berkata: “Saya ialah gadis teman sosial. Seorang gadis teman sosial dibayar untuk melanggannya.”
Namun semasa ditanya sama ada dia menerima wang untuk seks katanya: “Ya, pastinya saya terima.” – Agensi

Catat Ulasan